Friday, January 9, 2009

3 Bukti Pak Lah Memang Ejen Zionis?

Oleh dewa

"
Kanak-kanak beragama Islam semakin ramai yang dibunuh mati oleh askar-askar Zionis apabila orang awam Palestin dibunuh beramai-ramai. Artikel ini mendedahkan 3 persoalan yang menimbulkan tanda tanya samada Pak Lah sebenarnya ejen Zionis!



3 Bukti Pak Lah Ejen Zionis?:

1. IKTIRAF ISRAEL DAN ENGGAN IKTIRAF HAMAS
Anwar Ibrahim yang selalu difitnah oleh UMNO sebagai ejen Zionis menempelak tindakan UMNO dan Pak Lah yang enggan mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan yang sah di Palestin.

UMNO dan Pak Lah seterusnya secara tidak langsung hanya mengiktiraf Israel apabila UMNO dan Kerajaan Malaysia hanya berurusan dengan parti nasionalis Mahmud Abbas yang kalah pilihanraya Palestin. Parti Fatah ini diiktiraf oleh Israel dan UMNO mungkin terasa terpanggil untuk menunjukkan persefahaman dengan Israel dengan bekerjasama hanya dengan Fatah.

2. Pak Lah Enggan buat Sidang Tergempar
Pakatan Rakyat yang turut disertai DAP berulangkali menggesa Pak Lah agar membuat Sidang Tergempar di PArlimen berhubung isu Palestin tetapi sehingga hari ini, Pak Lah masih enggan.

Sebaliknya, Pak LAh mengambil langkah paling bodoh dalam sejarah dengan membuat kenyataan kosong bahawa OIC perlu ada askar sendiri TANPA apa-apa TINDAKAN SUSULAN. Ayat kosong yang sekadar hendak menarik perhatian ini cukup menjengkilkan khususnya apabila datang dari seorang kaki tidur yang enngan membuat sidang tergempar pun!

3. Pak Lah dan UMNO tangkap mujahidin
Semua maklum bahawa UMNO dan kerajaan Malaysia akan menangkap mana-mana individu yang cuba berjihad dan kemudian mereka akan di ISA. Contoh mudah ialah Ustaz Iqbal yang ditangkap oleh UMNO dan dimasukkan ke ISA kerana menolong umat Islam yang dirogol dan disembelih di Ambon dengan berjihad.

UMNO memang pandai manyalak-nyalak kononnya simpati dengan perjuangan Palestin tetapi sikap mereka yang sebenar cukup menjijikkan.

Undi untuk UMNO umpama undi untuk Fatah, dan undi untuk Fatah ialah undi untuk Israel..

p/s: nak tengok sikap Pak Lah: Pak Lah menyepi bila Amerika jajah dan bunuh orang Iraq dan Afghanistan tetapi cukup marah dengan 'KEBIADAPAN' wartawan Iraq yang baling kasut kepada Bush!

No comments:

Post a Comment