Friday, January 9, 2009

UMNO dan Keganasan di Mumbai

Oleh dewa

"Kementerian Luar hari ini membuat kenyataan bahawa Malaysia tidak terbabit serta tiada kaitan langsung dengan kejadian serangan pengganas di Mumbai, India, minggu lalu. Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim membuat penjelasan itu pada sidang media di Lobi Parlimen semalam. Artikel ini menjelaskan kaitan antara tindak tanduk UMNO dan tuduhan bahawa Malaysia terlibat dengan serangan bom di Mumbai. 5 Sebab Malaysia dikaitkan:

1. ISA

UMNO selalu menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia sebuah negara yang tidak aman dan penggunaan ISA sangat perlu untuk mengawal unsur-unsur terrorisme sedangkan ISA sebenarnya digunakan UMNO untuk tujuan politik UMNO. Kesannya ialah dunia melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat dan terrorisme bagaikan satu isu besar di Malaysia.


2. Hindraf



UMNO berulangkali menuduh Hindraf sebuah persatuan haram yang mendapat tajaan secara salah dari luar negara. Ini memberi mesej salah kepada dunia kononnya pertubuhan-pertubuhan haram boleh berkembang biak di Malaysia tanpa halangan. Sekiranya Hindraf yang dilabelkan sebagai sebuah pertubuhan haram boleh bebas di Malaysia, apa halangan untuk anasir-anasir pengganas membuat persatuan dan mengendalikan operasi di Malaysia? Tuduhan-tuduhan UMNO terhadap Hindraf membawa mesej bahawa pertubuhan pengganas dan pertubuhan haram bermaharajalela di Malaysia.


3. Isu pembekalan alatan nuclear



Masyarakat masih ingat bagaimana salah seorang ahli keluarga Pak Lah dikaitkan dengan pembekalan peralatan nuclear sehingga timbul isu dengan Amerika sedikit waktu dulu. Tak hairanlah jika Malaysia dikaitkan dengan pengganas.


4. Ejen Asing



UMNO cukup suka menuduh Anwar Ibrahim dan kepimpinan Pakatan Rakyat sebagai ejen asing, ejen zionis. Ejen yahudi dan sebagainya. Ini menimbulkan mesej salah kononnya di Malaysia, banyak ejen-ejen asing. Sekiranya ejen asing boleh menyelusup masuk sehinggalah ke dalam kepimpinan tertinggi negara, tentulah tiada masalah untuk pengganas memasukkan ejen di Malaysia.


5. Korupsi



Kepimpinan tertinggi negara juga dikaitkan dengan kes bunuh warga Mongolia. Apabila timbul persepsi penglibatan kepimpinan tertinggi negara dalam kes jenayah, dan diburukkan lagi dengan imej badan kehakiman Malaysia yang cukup rendah di mata dunia, ini menguatkan persepsi antarabangsa bahawa keganasan boleh berkembang biak di Malaysia memandangkan institusi polis dan kehakimannya cukup korup..


Tahniah UMNO kerana berjaya memusnahkan imej Malaysia di mata dunia sehingga akhirnya dikaitkan dengan keganasan di Mumbai..

No comments:

Post a Comment