Friday, January 9, 2009

Antara BN, Pembunuhan Palestin dan Ronald

Oleh dewa

"UMNO, BN dan PAS serta Pakatan Rakyat selalu bertelingkah. Tetapi, dalam isu Palestin, masyarakat Malaysia berpakat bahawa kita tidak boleh terus membiarkan kekejaman Israel khususnya ke atas rakyat Palestin baru-baru ini.

Justeru, UMNO dan PAS cuba membawa usul ke Parlimen untuk membincangkan isu ini tetapi DIHALANG oleh TIMBALAN SPREAKER, RONALD. Artikel ini membincangkan sebab sebenar Ronald berbuat demikian..

Akhbar melaporkan sekitar 300 orang di Palestin terbunuh berikutan serangan terbaru Israel. Mengapa Ronald begitu berkeras menghalang usul yang cuba dibawa BN dan Pakatan Rakyat berhubung isu Israel ?

Alasan Ronald ialah isu tersebut pernah dibincangkan sebelum ini. Inilah alasan paling bodoh yang pernah saya dengar dalam hidup saya. Kalau begitu, BN dan PAS juga tak boleh membincangkan apa-apa isu ekonomi dan jenayah kerana semuanya pernah dibincangkan sebelum ini.

Timbul persoalan adakah tujuan sebenar Ronald ialah kerana dirinya langsung tak prihatin dan tak kisah dengan penderitaan umat Islam di Palestin. Kalau begitu, eloklah kalau Ronald letak jawatan sahaja dan pergi bekerja di McDonald..

Saya menggesa BN dan Pakatan Rakyat untuk membawa isu ini semula ke Parlimen dan segera membuat undi tidak percaya ke atas Ronald untuk memecatnya bila dia cuba menghalang sekali lagi.."

No comments:

Post a Comment