Friday, January 9, 2009

Bangun Pak Lah!

Artikel ini akan mengajar Pak Lah cara-cara nak menurunkan harga barang. Kalau Pak LAh boleh bangun dari tidurnya selama 4 minit dan baca artikel ini, harga barang pun boleh turun.. Bangun Pak Lah, bangun!!!!

Pak Lah terus menunjukkan kepimpinan lemahnya apabila sekadar merayu peniaga-peniaga agar sudi menurunkan harga minyak tanpa apa-apa langkah konkrit. Sepatutnya, seorang pemimpin yang ada akal kena faham bahawa peniaga tak akan menurunkan harga barang melainkan kerana dua sebab utama : (1) wujud undang-undang yang mengawal harga dan (2) pemborong menurunkan harga..

Utusan Malaysia semalam melaporkan harga kebanyakan sayur seperti cili merah, kubis dan sebagainya naik mendadak di Kedah walaupun harga petrol dan diesel sudah diturunkan sebanyak lima kali dalam tahun ini.
Ekoran kenaikan harga cili merah yang melambung tinggi di pasaran, para peniaga di Pasar Besar Alor Star dikatakan enggan menjual cili kepada pengguna kerana tidak mahu menanggung kerugian.

Artikel ini secara ringkas menerangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh Pak Lah agar harga barang menurun. Janganlah asyik tido Pak LAh oi!!

“Dulu kalau harga minyak naik, pandai-pandai pula naikkan (harga barangan), tapi bila turun, tak pula turun-turun harganya. Inilah satu (masalah) kebiasaan yang dihadapi rakyat,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, JPM di sini hari ini.

(1) TURUNKAN HARGA MINYAK
Pak Lah dan UMNO enggan menurunkan harga minyak selaras dengan penurunan harga minyak dunia dan dengan tak malunya merompak subsidi daripada rakyat. Bukan sahaja tiada subsidi diberikan malah rakyat pula dipaksa memberi subsidi kepada kerajaan.

Keengganan UMNO menurunkan harga minyak selaras dengan penurunan harga minyak dunia menunjukkan sikap busuk hati UMNO. Penurunan harga minyak yang dibuat Pak Lah langsung tidak mencerminkan penurunan harga minyak dunia. Saya masih ingat betapa Shabery UMNO menunjukkan kebodohannya apabila membuat kenyataan dalam debat bahawa harga minyak dunia tidak akan turun..

Untuk mengawal harga barang, turunkanlah harga minyak selaras dengan penurunan harga minyak dunia Pak Lah Oi!

Kerajaan telah menurunkan harga minyak sedikit demi sedikit sebanyak lima kali sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia namun tiada tanda-tanda ketara para peniaga di negara ini menurunkan harga barang terutama bahan makanan.

Ini menunjukkan kelembapan Pak LAh sekali lagi. Anwar telahpun menjelaskan berkali-kali bahawa penurunan harga minyak tidak patut dibuat secara sedikit-sedikit kerana impaknya akan hilang. Penurunan perlulah dibuat secara besar-besaran seperti mana kenaikan dahulu dibuat secara besar-besaran...

Seterusnya, perlu ada undang-undang mengawal harga.

(2) KAWAL HARGA

Kalau serius tak nak harga barang tinggi, kawal saja harga barang. Arahkan syarikat untuk menyerahkan laporan lengkap tentang harga barang dan kos keseluruhan . Kawal keuntungan syarikat pada kadar tertentu terutamanya untuk barang-barang keperluan harian. Syarikat dan pembekal masih akan untung tetapi tidaklah sampai mecekik darah rakyat...

Peniaga runcit sebenarnya tidak busuk hati. Biasanya, harga dinaikkan kerana pembekal menaikkan harga. UMNO dan Pak Lah memang tak reti nak uruskan ekonomi...

Eloklah Pak Lah nak letak jawatan.. Tpi, sedih juga kerana bagi kat Najib pulak.. Bak kata pepatah, keluar mulut harimau, masuk mulut buaya..

No comments:

Post a Comment