Friday, January 9, 2009

Hadiah terakhir dari Pak Lah


Oleh dewa

"Sebelum Tun Mahathir meletakkan jawatan dahulu, Tun telah memberi hadiah terakhir selaku PM dengan menukar penggunaan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik. Sampai sekarang masih ramai yang menggeleng kepala dengan hadiah pelik ini. Kini, tiba giliran Pak LAh pula memberikan hadiah terakhirnya..

The Star, 27 Disember :
KUALA LUMPUR: The Prime Minister’s call to end polarisation among the races has the support of various groups………..


“I agree with the Prime Minister’s statement that religious differences should not be a hindrance for us to develop friendships and work towards a peaceful and harmonious country,” he said………Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi had called for an end to polarisation in his speech at the Christian Federation of Malaysia’s Christmas open house on Thurs-day.”


Sewaktu perjumpaan Pak Lah dengan Christian Federation, Pak Lah memberi jaminan akan berusaha menamatkan ‘polarisation’ antara kaum.


Menurut pemahaman umum, "In politics, polarization is the process by which the public opinion divides and goes to the extremes. It can also refer to when the extreme factions of a political party gain dominance in a party. "

Pemahaman PAS bahawa murtad salah sering dianggap sebagai ekstrim dan mendapat tentangan golongan liberal.

Nampaknya, hadiah terakhir yang akan diberikan bukan satu, tapi dua hadiah.

Hadiah pertama ialah berhubung dengan isu kehakiman iaitu Pak LAh hadiahkan sebuah kehakiman yang kononnya cukup telus dengan penubuhan suruhanjaya baru-baru ini. Pak LAh bolehlah berasa bangga dengan 'kejayaan' gilang, gemilang dan terbilang dengan tindakannya 'memartabatkan' imej kehakiman Malaysia di mata dunia. Kes Anwar, isu pembunuhan altantuya dan isu ISA sememangnya menaikkan nama Malaysia di mata dunia..

HAdiah kedua dari PAk Lah yang kita takut sikit. Umum tahu anak PAk Lah pemimpin sister-in-islam dan Pak LAh sendiri ada membuat kenyataan media bahawa murtad sepatutnya dibenarkan kerana tiada paksaan dalam agama.

Selama ini memang ada polarisasi dalam aspek agama di mana kaum Melayu mesti beragama Islam. Dikhuatiri bahawa jaminan Pak Lah kepada Christian Federation baru-baru ini akan disusuli dengan tindakan memudahkan proses menukar agama dari Islam kepada agama bukan Islam. Semua maklum bahawa Christian Federation sudah lama meminta agar penganut semua agama dibenarkan menukar agama secara bebas tanpa sekatan undang-undang.

Kemungkinan Pak Lah berbuat demikian memang wujud. Pertama, Pak LAh sudah hendak meletak jawatan. Seperti mana Tun berani membuat dasar baru dalam isu Sains MAtematik kerana tidak perlu bertanggungjawab selepas meletak jawatan, Pak LAh juga tidak perlu risau kerana akan meletak jawatan sikit hari nanti.

Kedua, pendirian ahli keluarga Pak Lah seperti Nori dan KJ dalam isu ini jelas. KJ baru saja menjelaskan bahawa dia tak berminat nak laksanakan hudud. Hukuman murtad sebahagian dari hudud.

Ketiga, Pak Lah dikelilingi oleh golongan yang bukan pro-hudud dan tidak menyokong pelaksanaan undang2 Islam. Daripada sekitar 26 juta rakyat Malaysia, Pak Lah memilih isteri yang tidak bertudung dan tidak kuat asas Islamnya. Kita hormati pilihan Pak Lah tetapi kita maklum bahawa isterinya tidak akan membimbang Pak Lah ke arah Islam kerana pemahamannya tentang Islam yang terhad.

Keempat, Pak Lah pernah berkata bahawa IFC ditangguhkan. Bukan dimansuhkan tetapi ditangguhkan. Kita khuatir bahawa selepas ini, Pak Lah akan menurut saja kehendak Christian Federation dan meneruskan dengan IFC..

Kita cuba bersangka baik dan berdoa agar Pak Lah tidak berbuat begitu..

No comments:

Post a Comment