Friday, January 9, 2009

Kita mungkin diseret ke Mahkamah Cyber


Oleh dewa

"Dalam kehangatan isu pembunuhan umat Islam di Palestin dan kemeriahan pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, timbul isu baru yang menggusar hati blogger iaitu isu Mahkamah Cyber yang dicadangkan oleh datuk Shaziman. Apakah kita semua akan diheret ke Mahkamah Cyber sekiranya rancangan ini benar-benar dilaksanakan kelak? Artikel ini membongkar bagaimana rancangan ini tidak lebih dari satu agenda untuk menyerang musuh politik parti tertentu.

"BERNAMA: MARANG, Jan 5 (Bernama) -- Malaysia may need a "cyber court" to deal with cyber crimes in view of the increasing number of such cases lately, said Energy, Water and Communications Minister Datuk Shaziman Abu Mansor."

Selaku peguam, saya menyedari bahawa undang-undang yang baik sekiranya dimanupulasi akan membawa mudarat. Contoh manipulasi ialah dengan tidak mendakwa sekalipun ada bukti yang kukuh. Contoh mudah ialah bagaimana Ayah Pin yang memurtadkan penduduk Islam yang menyembahnya tidak ditangkap sebaliknya dilepaskan. Bukan saya yang kata tetapi akhbar yang melaporkan bahawa tangkapan tidak dibuat berikutan permintaan jabatan Agama di sana.

Sesiapa yang mempunyai kemudahan internet di rumahnya berkemungkinan besar pernah melihat porno samada secara sengaja atau tidak disengajakan. Terdapat laman-laman web lucah Melayu yang mengandungi berpuluh ribu klip lucah orang Melayu yang beragama Islam. Kebanyakannya rakaman handphone. Saya tegaskan bahawa untuk setiap satu rakaman klip lucah tersebut, UMNO, penyokongnya dan pemimpinnya ada mendapat saham dosa!

Mengapa pula? Ini kerana selaku kerajaan yang memerintah, mesti ada ketegasan untuk mencegah maksiat. Sekiranya Pak Lah serius hendak mencegah maksiat, Pak Lah boleh mengarahkan pihak polis untuk membuat tangkapan ke atas pelakon-pelakon lucah Melayu ini.

Sekiranya UMNO serius hendak mencegah maksiat dan membela nasib bangsa, UMNO patut menggesa agar unit khas dibentuk untuk menyiasat klip-klip lucah ini dan meneruskan dengan pendakwaan. Adakah UMNO tidak malu apabila melihat gadis-gadis Melayu dibogelkan lalu diratah beramai-ramai? Jika malu, mengapa enggan mengambil tindakan?

Pendekatan menghina dan memperleceh adalah tindakan lemah yang pondan. Memang senang untuk mengambil pendekatan memfitnah dan memperleceh tetapi ini tindakan pondan. Saya dapati majoriti ahli UMNO menghabiskan masa menyerang dan memperlekeh ahli dan kepimpinan Pakatan Rakyat dan bukan pendekatan membina. Apabila Pakatan Rakyat merendah diri dengan meminta agar BELANJAWAN 2009 dikaji dan dibuat secara bersama untuk menghadapi kemelut ekonomi, UMNO dengan sombongnya enggan. UMNO berkelakuan seperti tuhan yang tidak boleh ditegur atau dipersoal tindakannya dan rakyat jelata hanyalah hamba. UMNO terus-menerus dengan pendekatan Ketuanan ini sekalipun ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia.

Berbalik kepada isu Mahkamah Cyber, ini sekadar satu gimik saja. Kanun Keseksaan (seksyen 292) dengan jelas menyatakan pornografi satu kesalahan tetapi pendakwaan jarang sekali dibuat ke atas pelakon-pelakon lucah Melayu ini.

Sekiranya mahkamah Cyber dibuat, ini tidak lebih dari agenda untuk menangkap blogger-blogger yang mengkritik kerajaan. Saya dan ramai lagi (mungkin termasuk tuan-puan) akan diheret ke mahkamah beramai-ramai sedangkan pengampu UMNO dan blogger UMNO akan dilepaskan tidak kira apa yang mereka tulis.

Sebenarnya saya tidak benci UMNO. Bekas teman wanita saya pun UMNO juga. Yang saya benci hanyalah sikap dan arah perjuangan yang salah itu. Apa pun, saya harap agar isu Mahkamah Cyber ini tidak diperpanjangkan.

No comments:

Post a Comment