Friday, January 9, 2009

Hizbullah tolong Palestin tetapi UMNO lanyak PAS


Oleh dewa

"
Hizbullah membuat kejutan dalam perang Israel apabila menghantar bantuan dengan membedil Israel dengan misil-misil. Serangan misil di kawasan utara Israel, Nahariya oleh Hizbullah dari kawasan Lubnan menaikkan kemarahan Zionis. Pak Lah dan UMNO juga mungkin turut marah kepada Hizbullah kerana sebelum ini pun Pak Lah cukup marah dengan al-zeidi, wartawan Iraq yang membaling kasut kepada Bush!Artikel ini mengkaji sikap Zionis timur tengah iaitu Israel dan Zionis Malaysia.



“JERUSALEM – Lebanese militants fired at least three rockets into northern Israel early Thursday, threatening to open a second front for the Jewish state as it pushed forward with its offensive in the Gaza Strip. Gaza militants fired a rocket barrage into southern Israel almost simultaneously.

There were no serious injuries in either attack. But the rockets on Israel's north raised the specter of renewed hostilities with Hezbollah, just 2 1/2 years after Israel battled the guerrilla group to a 34-day stalemate. Hezbollah started the 2006 war as Israel was battling Palestinian militants in Gaza. Israel has repeatedly said it was prepared for a possible attack on the north since it launched its bruising campaign against Hamas militants in Gaza on Dec. 27. Israel has mobilized thousands of reserve troops for such a scenario, and leaders have warned Hezbollah of dire consequences if it enters the fighting.”


Sebelum ini, persoalan-persoalan telah ditimbulkan berhubung sikap malas Pak Lah dalam menghadapi isu ini.



Berikut ialah antara persoalan yang timbul:

1. UMNO IKTIRAF ISRAEL DAN ENGGAN IKTIRAF HAMAS.

Anwar Ibrahim yang selalu difitnah oleh UMNO sebagai ejen Zionis menempelak tindakan UMNO dan Pak Lah yang enggan mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan yang sah di Palestin. UMNO dan Pak Lah seterusnya secara tidak langsung hanya mengiktiraf Israel apabila UMNO dan Kerajaan Malaysia hanya berurusan dengan parti nasionalis Mahmud Abbas yang kalah pilihanraya Palestin.

Parti Fatah ini diiktiraf oleh Israel dan UMNO mungkin terasa terpanggil untuk menunjukkan persefahaman dengan Israel dengan bekerjasama hanya dengan Fatah.


2. Pak Lah Enggan buat Sidang TergemparPakatan Rakyat yang turut disertai DAP berulangkali menggesa Pak Lah agar membuat Sidang Tergempar di Parlimen berhubung isu Palestin tetapi sehingga hari ini, Pak Lah masih berlengah. Khabarnya Isnin depan baru mungkin dibincangkan.

Sebaliknya, Pak LAh mengambil langkah paling bodoh dalam sejarah dengan membuat kenyataan kosong bahawa OIC perlu ada askar sendiri TANPA apa-apa TINDAKAN SUSULAN. Ayat kosong yang sekadar hendak menarik perhatian ini cukup menjengkilkan khususnya apabila datang dari seorang kaki tidur yang enngan membuat sidang tergempar pun!

3. Pak Lah dan UMNO tangkap mujahidin


Semua maklum bahawa UMNO dan kerajaan Malaysia akan menangkap mana-mana individu yang cuba berjihad dan kemudian mereka akan di ISA. Contoh mudah ialah Ustaz Iqbal yang ditangkap oleh UMNO dan dimasukkan ke ISA kerana menolong umat Islam yang dirogol dan disembelih di Ambon dengan berjihad.

UMNO memang pandai manyalak-nyalak kononnya simpati dengan perjuangan Palestin tetapi sikap mereka yang sebenar cukup menjijikkan. Undi untuk UMNO umpama undi untuk Fatah, dan undi untuk Fatah ialah undi untuk Israel..


Berhubung isu UMNO dan Israel, beberapa persoalan perlu difahami. Tun Mahathir sekalipun lantang mengkritik barat sebenarnya tidak serius dalam hal ini. Sewaktu Amerika menyerang Iraq dalam Perang Teluk pertama, Malaysia dibawah Tun Mahathir menyokong serangan tersebut kerana mahu menumbangkan Saddam kononnya.




Jangan lupa Mahfuz dipenjarakan kerana membantah kehadiran atlit Israel dengan pasukan kriket Israel dahulu. Najib juga sebelum ini ada membuat kenyataan bahawa secara peribadi, Najib rasa isu politik tidak patut dicampur aduk dengan sukan dan justeru itu, kehadiran atlit Israel tidak wajar dibantah. Sayang sungguh UMNO kepada Israel.


Sekiranya rakyat tidak mampu menghalang Israel, paling kurang rakyat perlu menolak mereka mereka yang kelihatan cukup pro dengan Israel.

Sekiranya Israel menghantar tenteranya untuk membunuh umat Islam Palestin dan menghalang syariat Allah dari tertegak di bumi ini, UMNO pun tidak kurang hebatnya apabila menghantar KJ untuk menghalang hudud dan syariat Islam. Syabas!!



UMNO selalu kata hendak membantu Melayu dan Islam tetapi lihatlah layanan mereka kepada orang Kelantan dan Terengganu. Lihatlah layanan mereka kepada PAS. Adakah PAS majority ahlinya India atau Cina? Sebagaimana saya doakan agar Allah menghinakan Israel dengan mengalahkan mereka, begitu juga saya doakan agar Allah menghinakan UMNO dengan memberikan kekalahan kepada mereka.."

No comments:

Post a Comment